Wednesday 23 February 2011

Indahnya Ciptaan Tuhan


Penolakan Al-Quran Mengenai Teori Darwin: Kewujudan Manusia
oleh: amirah harun

Sebagai umat Islam kita wajib percaya dan beriman bahawa asal usul kewujudan manusia hari ini adalah daripada Nabi Adam AS dan Hawa. Ini telah dijelaskan dalam al-quran oleh Allah SWT bahawa manusia itu telah diciptakan dari tanah dan kemudian ditiupkan roh ke jasad Adam AS. Jika dilihat jarak waktu antara Nabi Adam AS ke zaman moden hari ini banyak yang mengatakan jurang waktu itu adalah sejauh 100 ke 200 ribu tahun. Ini bermakna Nabi Adam diturunkan ke bumi oleh Allah SWT adalah pada 40 ribu tahun lampau. Namun teori Charles Darwin mengatakan bahawa manusia itu adalah berevolusi daripada beruk jutaan tahun dahulu. Teori ini sudah tentu bercanggah dengan ajaran Islam dan kita seharusnya menolak teori itu.

Namun kajian saintis telah menunjukkan hasil kajian apabila menemui fosil manusia yang berusia jutaan tahun. Sekali gus memberi fakta baru bahawa manusia telah wujud sejak jutaan tahun dahulu. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam tetapi kajian DNA yang telah dilakukan pada fosil tersebut menunjukkan persamaan sebanyak 90 peratus dengan manusia moden.

Teori Darwin adalah manusia bermula dari kera. Manusia adalah hasil evolusi sejenis kera, memang kera memiliki organ dan bentuk tubuh menyerupai manusia. Walaupun ditemukan bukti berupa fosil manusia yang mirip dengan kera, semua itu ditemukan beberapa tempat di bumi dan membuktikan adanya evolusi. Tetapi pada teori tersebut tidak ada bukti yang jelas sehingga dapat menghubungkan langsung evolusi kera kepada bentuk manusia saat ini.

Saya tidak setuju dengan teori Darwin, bagaimana pun manusia merupakan makhluk yang sangat sempurna dan sangat berbeza dengan makhluk apa pun. Meskipun Darwin mengatakan kera berevolusi seperti manusia tetapi itu bukanlah sebuah bukti yang logik. Kemudian, jikalau kera itu berevolusi menjadi manusia, mengapa saat ini ada haiwan bernama kera, jadi manusia dan kera merupakan makhluk yang berbeza.

Proses menciptakan manusia berdasarkan konsep pendidikan Islam adalah Allah telah berfirman:

12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Para ahli biologi beranggapan bahawa tulang dan otot dalam embrio terbentuk secara bersamaan, menurut saya ilmu pengetahuan ini bertentangan dengan ayat di atas, namun penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan teknologi mereka mengungkapkan bahawa pernyataan Al Qur’an adalah benar.

 Jadi, proses penciptaan manusia berdasarkan konsep pendidikan Islam dalam Al Qur’an sudah di nyatakan tentang proses penciptaan manusia seperti yang telah tentera dalam ayat-ayat di atas dan Allah berfirman lagi:
    
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran.

Peringkat pertama:-                   
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


Peringkat kedua:-
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Peringkat ketiga:-
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Peringkat keempat:-
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut

Peringkat kelima:-
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Peringkat keenam:-
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. 



Sesungguhnya rahsia Allah SWT itu terlalu banyak. Ini adalah ujianNya untuk menguji sejauh mana keimanan kita padaNya. Wallahualam.

TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?????

SALAM PERTEMUAN (.^_^.)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..:)

apa kabar sumenye?apa kabar jasad?apa kabar dalaman?dan apa kabar iman?
 selamat Datang ke Blog saya..hehe

& moga ketemu lagi..nanti ada lagi idea saya coret kat sini lagi ye..